KOPTG IKTIKAD SYUKUR SDN BHD (“KISSB”) merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Koperasi Pegawai Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kuala Lumpur Berhad (“KOPTG KL Berhad”). KISSB ditubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan yang berteraskan pelaburan dalam bidang hartanah dan peruncitan di Semenanjung Malaysia.
Tumpuan utama perniagaan syarikat pada masa ini lebih kepada pembinaan atau penyertaan secara usaha sama dalam projek pembinaan rumah mampu milik di kawasan rizab Melayu di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.
Syarikat optimis dalam tempoh enam tahun beroperasi, syarikat akan mampu menjana keuntungan yang dihasratkan pemegang taruh dan pada masa sama menyumbang dalam merancakkan industri perumahan dan peruncitan tempatan. Selain itu, penyusunan organisasi yang jelas dapat memastikan fokus terhadap pembangunan perniagaan (business development) dapat dilaksanakan dengan lebih giat.
Sejajar dengan visi dan misi KOPTG Iktikad Syukur Sdn Bhd (“KISSB”) dalam menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dalam sektor hartanah dan peruncitan, KISSB telah mengambil peluang dengan menceburi perniagaan peruncitan yang melibatkan penjualan produk-produk segar, sejuk beku dan produk-produk Industri Kecil Sederhana (“IKS”) di bawah jenama KISSBniaga.
Fokus pemasaran dan jualan bagi produk-produk adalah dengan pendekatan secara atas talian melalui portal www.kissbniaga.com yang bersifat mesra pengguna (user-friendly) dimana tempahan dan pembayaran produk hanya dilakukan dalam talian.